December 17, 2012

Masalah Kerja


Semua kerja mana ada yang senang kan ?
Hari first kerja tu aku mmg datang awal lah . Hari kedua aku jem tengah jalan . *tipu* . Padahal saja keluar lewat . Susah nak cari parking segala .

Aku sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya ,sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya ,
sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya , sebenarnya ,
tak suka dekat seorang kakak ni . Dalam 13 org kakak kat situ , dan semua staff ada 14 org . Aku cuma tak suka kak tu ja . Bukan aku seorang ja . Ramai lagi la .

Mula-mula tu aku fikir jugak yang aku ni baru lagi. Mungkin apa yang aku buat tu mungkin ada salahnya . Takpelah dia nak tegur aku pun . Tak lelamaa ni , aku rasa dia macam nak control aku ja haa . Apa masalah dia ha ? Aku pun tak faham .

Kalau ye pun kak , jangan lah marah I depan customer. Tak ke malunya aku ? Mesti org label muka aku muka tak reti buat kerja . Kekadang tu rasa sakit hati pun ada .

Kakak-kakak yang ada dekat situ semua 12 org . Kak Pah ( shop manager) , Kak Su ( assistant shop manager), Kak Kurin , Kak Ida , Kak Ana , Kak Lela , Kak Wanie , Kak Yan , Kak Atin , Kak Wawa , Kak Nana , Kak Yaya . Tapi aku paling tak suka sekali Kak Ida lah .


Satu hari tu . Makcik tu mai beli baju sepasang , kanak2 lelaki punya lah . Aku pun buang heager then lipat lah nak letak dekat counter . Siapa suruh makcik tu jalan laju sgt pi tunggu kat counter tu . Tapi mkcik tu diam je . Tak kata apa pun . Sabar menunggu aku ni .


Kak Ida : Dilaaaa , cepat sikit lipat baju tu . Lipat sikit2 sudah la , satgy cashier nak bukak jugak . ( Dengan nada yg tempik menempik ok).

Aku pun just diam , lari pi dekat kaunter . Aku bukan jenis nak melawan lah . just diam . Start pada kejadian tu aku mula diam je kat tempat kerja. Memang diam .
Waktu petang yang sama jugak . Kak Atin pulak tegur .

" Dila jaga fitting room tau , kena cekap lah serve customer dengan jaga fitting" .
aku boleh trima cara kak atin tegur tu , sbb dia mai dekat aku . Then cakap pelahan2 , mmg sure aku sorang ja dengar . Aku pun just ended up dengan "okaay "


Lepastu aku mula diam . K sebelum ni aku bnyak cakp jugak . Peramah tahap . Lepastu jadi macam malas nak cakap . Aku bila ada masalah mesti diam je . Nak cakap takut lagi bertambah masalah kan ? so better keep quiet . Hah senang =='


Actually bahagian Children dengan dengan Bahagian Baju Sekolah . Err -,- It supposed to be my big big problemas . Tau tak ? Aku mana tau sgt pasal hrga baju sekolah + size dia sekali . Orang tanya pun aku mmg jawab " Tunggu jap ek ". Hah , dah aku mmg tak tau .


Then , satu customer tu . Dia nampak aku terpacak dekat bahagian Children tu . Eeee, aku tak suka bab baju sekolah nih . Terpaksalah serve , si Kak Ida tu ntah menghilang ke mana ntah :> bencikk. Then , Kak Ida datang :/ aku pun cakap lah . " Nah , Kak Ida serve sat " . Dia kata balik " Laaaaaa , awatnya yang tak serve sendiri ??? " . Memang masa tu kepala aku dah angin dah ni . Mana tak kurang ajarnya . Aku serve bahagian budak saja kot . Baju sekolah aku tak jaga . Lepastu kenpa mai kerja , kalau taknak layan customer ? Memang damn lah . Dengan kebodohanku bab pakaian baju sekolah ni , aku pun serve lah . Truly damnnnnn ==' .

Dila : Kak Ida , size 17 primary school ade tak ?
Kak Ida : Diam ja .
Dila : Ade takk ?
Kak Ida : Ntahlah , pi lah cari .

Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!
Aku dah lah tak jaga bahagian tu . Aku pi tnya Kak Kurin lah masa tu . Cuma dia je ade kat situ . Haish -,-


----------------------------------------------------------------------------------------------

Kak Pah : Dila rehat .
Dila : Okay ,



sampai dekat kaunter nak punch card keluar rehat , tetiba ada makcik India pulak . Haishyyaa , nak apa pulak ni . Aku dah la kena rehat. Lapar woooo.

Makcik : Aaaaa adik , kasut sekolah size dia ni (anaknya) berapa ??
Dila : (Nah dugaan besar) . Errr , err , err kejap ek . Aku pi lah kat kaunter tnya siapa yg serve kasut nih ?? Ish .

Kak Ida : Dila pi serve sat , takkan nak biar customer macam tu kot .


ERRGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHH , bengannggg , benganngg , bengganngg .
Kau diam lah perempuan . Suka masuk campur hal aku . Control aku . Aku bukannya kereta mainan . Stupidoo !!


Kak Pah pun mai , then dia cakap. Pi lah rehat . Biar kak Pah serve .
Ya Allah , sedihnyaa dapat kwn sekerja macam Kak Ida ni .


-----------------------------------------------------------------------------------------


Aku tengah sapu sampah . Mmg aku sapu smpah tekun gila ahh . Pandang lntai dan smpah sahaja . Dok sat aku dengar ada org jerit nama aku . " Dila ! Pi tengok makcik tu , nak beli sweater nuh , satgi lah sapu lain "
Elok aku pi kat makcik tu , makcik tu cakap " Hm , xpelah dik . Tak jadi pulak "
Subhanallah . Geram !

------------------------------------------------------------------------------------------


Aku rehat dengan Kak Kurin . Dalam bilik rehat , aku tnya lah kat Kak Kurin .

Dila : Kak Kurin , dalila sebenarnya tak suka kat seorang kakak kat sini .
Kak : Siapa ?
Dila : Budak bju hijau (fulltime )
Kak : Mu ada masalah dengan sapa ?
Dila : Esh , malu nak habaq .
Kak : Sapaa ?
Dila : Kak Ida tu haaa
Kak : Ouh haaa , dengan Kak Atin mu ada msalah ?
Dila : Kenapa pulak kak cakap macam tu ?
Kak : Sebab Atin kata , " Awat adik tu , takmau cakap dengan org "
Dila : Manada lah . Dalila just malas nak cakap dengan sesiapa.
Kak : Ouh , pasal kak Ida tu mu jangan peduli sgt , Dia mmg ada angin tak baik . Smua staff mana suka prangai dia tau . Just ignore je .
Dila : Ye ke kak ?? Hmm ,
Kak : Kena pi report kat Cik Pah ni .
Dila : ISh , janganlah . Dahla Kak Pah tu bestfriend dia .
Kak : Bestfriend ? Tau tak , haritu depa gaduh . Kak Pah jalan kaki sensorang ja balik asrama .
Dila : Ish , teruk betul .


--------------------------------------------------------------------------------------


Mungkin semua staff dah tau yang aku tak suka dengan Kak Ida . Oleh sebab itu , Aku telah dijadualkan rehat bersama Kak Ida . Ish . 3 hari dah wey . Sedih jugak ahh . Kak Su saja letak jadual macam tu .

Ada satu hari tu , aku makan nsi . Memang tak tengok pun muka Kak Ida . Aku makan , then baca surat khabar . Alah , rehat pun 30mins ja . Malas nak layan org lagutu . Dia pun busy dengan hp dia . Org ade pkwe eh , gatai ah time2 rehat ni .

--------------------------------------------------------------------------------------


Sejak dari itu , setiap rehatku dipenuhi dengan jalan2 di The Store tengok CD's korea . Jalan2 sensorang . Tadi , aku pergi kacau kawan aku kerja dekat Borong Dinh.




-------------------------------------------------------------------------------------



Dalam bilik rehat


Kak Su : Dila rehat ek ?
Dila : Haa ,
Kak Su : Mu rehat dengan kak Ida kan ?
Dila : Yaaaa ,
Kak Su : Then , dia kat mana ?
Dila : Beli nasi kot. Ntah -,-
Kak Su : Ade masalahkan dengan dia ??
Dila : Tahu mana ??
Kak Su : Kak Kurin , Kak Yan , Kak Atin gtau .
Dila : Yup , haaaa .
Kak Su : Awat ? Kenapa ?
Dila : ( I told her everything which make me upset)
Kak Su : Sbar lah . Kita nak kerja . Pikir kerja . Kak Ida pernah tak cakap dengan Kak Pah dan Kak Su bnyak hari tau . Dia boleh kerja sekali . Tapi tak cakap . Sapa pun tak suka dekat dia tu . Time kerja , KERJA . Lepas kerja . Lantak pi lah , hang nak cakap dengan aku ke tak . Kak Su dengan Kak Pah tak boleh nak bahagiakan 12 org staff sekaligus . Dengan cara susun jadual sekali ni mungkin mampu kot .


---------------------------------------------------------------------------------------------



seriously aku letih kerja dekat situ . Tido tak cukup . Makan tak cukup . Online tak puas . Ni disebabkan cuti je aku update blog . Esok merupakan cuti last aku tau . Org mungkin ramai beli baju skolah , so tak boleh cuti lah . Tapi aku tetap akan ambik MC . Aku bukan ada daya tahan yg kuat sgtt.

















No comments:

Post a Comment

AWESOME FOLLOWERS