May 11, 2014

PART I : Kolejku



Tahniah semua BATCH 96 yg layak ke Matrikulasi. Tak kisah lah anda di mana matrikulasi sekalipun. Yang dapat Kolej Matrikulasi Perlis tercinta tu sangat lah tahniah. Tahniah Tahniah Tahniah !! Dah kenapa aku ni ? Pengarah KMP is the only one female director along the another 12 men's director in matriculation !! And she is so so caring. Eh kau ! Siap sorang-sorang budak kmp pun dia boleh hafal dan kenal. Kalau jumpa dia tengah jalan, korang tak perlu nak malu-malu nak mintak ambik gmbar. SPORTING 200%

Ye hey ! Sila add fb pengarah kmp sekarang : Azuyah Hassan
Dia akan post lah nanti gambar anda,sekiranya anda ada ambil gmbar guna tab dia. Best kan? Nak tak femes? *sakai*
Ada kisah sedih di sebalik life pengarah kmp. Nak tahu tak? #dirahsiakan ( ayat ugut suruh cari sendiri nnt)


Okay start !
Pendaftaran tu sgt lah hectic tahap nak pengsan/muntah/panas. Dinasihatkan bawak air putih botol,(botol besar okay). Dapat menghilangkan rasa nak pengsan tu ye. Alah, ni tips lah mungkin. Bawak 10 up to 15 helai baju kurung je ye pelajar perempuan. Lelaki bawak ah dalam 6-9 helai baju kemeja. Seluar slack gelap/hitam tu bawak ah dalam 3/4 helai dulu. Jangan basuh seluar tu. Basuh hujung minggu je.Siapa tahu kau bsuh ke tak? Roomates tahu lantaklah, wuwuwwu~

Dah tu kau nak hanggkut semua baju kemaja/seluar/baju kurung yg kau ada kat rumah kau tu ? Plus baldi,bagasi,beg,baju tidur, pakaian-pakaian yg lain, ubatan lagi??? Janganlah. Minggu pertama kena rajin basuh baju sikit. Biar lah orang nak kata, kita ni ulang pakai baju yg sama. Ah peduli?


Masa minggu pendaftaran tu akan ada AJKO yang akan membimbing anda. Apa tu AJKO ? Ahli Jawatankuasa Kolej. Diorang ni mcm batch2 yg lepas lepas lah dan sanngup nak menolong korang nnt. Nak melancarkan pendaftaran anda semua nnt.
ALUMNI tu apa pula? ALUMNI tu.....aku pun tak tahu apa (ok malu), yang aku tahu diorang ni senior kita jugak tapi diorang dah berjaya jadi DOKTOR,ENGINEER,AKAUNTAN,PEGAWAI dan apa-apa jalah. Nanti geng yang berjaya cerdik pandai ni akan turun padang beri nasihat/tips/rahsia kejayaan gitu .


KMP ni berbentuk bulat. Kenapa bulat? Sebab bangunan asrama (KOMSAS) akan mengelilingi tutoran,block pensyarah,masjid, mini market.
Mesti tak tahu apa tu tutoran? tutorial? mini market? KOMSAS?? Kuliah?

Saya pun tak tahu masa saya di umur anda. Okay pengetahuan lah ye ;)
TUTORAN : Tempat study. Alah kelas. Tu lah tutoran. Kat matrik bajet sikit, sebab tu dia pnggil tutoran.
TUTORIAL : Homework, atau nama lain. Latihan dalam buku yang korang kena siapkan sebelum masuk kelas.
MINI MARKET : Kedai. Tu je. Weh,ni kedai runcit. Kedai roti/kek ada jugak, sebelah. Nama glamour mini market adalah MM.
KOMSAS : Asrama, tempat kau tidur
KULIAH : Beberapa kelas (nnt tahu lah kau kelas mana) akan digabungkan menjadi satu kuliah, kuliah ni ramai lah pelajar nya.
First, dengar kuliah dulu bagi faham, nanti masuk tutoran buat tutorial. Faham tak? Takpa slow-slow. Nanti akan faham



Kat matrik tak panggil Lecturer, so takpayah tergeliat lidah sebut kan? Kat sini panggil cikgu. Sbb apa ? Sebab budak matrik tak matang lagi. MATRIK adalah pertengahan.
Nah chereography :

SEKOLAH-----MATRIK--------UNIVERSITI


Elaun ada, RM 250 sebulan. Kalau pandai membudget (bukan mcm aku), CUKUP ! Berita sedih, elaun masuk sebulan sekali kan? Trend KMP masuk elaun setiap 1hb, so so so setiap awal bulan mesti beratur panjang depan mesin ATM. Kalau kau lambat, takdak duit ah. Sabar je lah. Pinjam je lah dulu duit kwn/roomates. Budaya meminjam duit dah jadik viral. Benda biaseeee~


KMP ada 3 kafe. First KAFE PENTADBIRAN: (bukan utk cikgu sahaja,untuk pelajar-open cafe)
Second : KAFE A - untuk semua pelajar
Third : KAFE B- kafe yang paling femes~ block I sebelah kafe B tahu!


Nak tahu pasal BLOK KEDIAMAN/KOMSAS/BANGUNAN ASRAMA/ASRAMA/TEMPAT TIDUR?



Ini block C2, C3 (blok lelaki) dari pemandagan bilikku. Aku tingkat 4. Tingkat 4 special sikit, sebab ada koridor, so setiap petang boleh lepak lah kat situ. Aku block C1 (blok pmpuan yg satu area dgn kwsn block lelaki). Dahulunya block C1 adalah block lelaki. Tapi dah tukar jadi block girls *laki pupus,opss!*


Ni block perempuan, A1,A2,A3,B1,B2,B3 jauh nun disana dari block aku. Ni hari last kat KMP, sebabtu kereta ramai.





OKAY, sini ada 9 block.
dengar baik-baik block yg ada ( ada nama semua block ni,tapi lupa)...
A1, A2, A3 , B1 , B2 , B3 , C1 , C2 , C3
Block A1,A2,A3,B1,B2,B3,C1 adalah block perempuan. Lelakinya ada 2 block sahaja iaitu C2,C3.
Susunan block macam pelik weh... kalau block A dgn B dia rapat2..A1=A2=A3=B1=B2=B3. Semua blok ni rapat.
Block C1 blok perempuan, tapi dia rapat dgn blok C2 dn C3 ( BLOCK LELAKI)
So siapa dapat C1 ??? Macam AKU? Dia menggila sikit lah duk sebelah blok laki. Takpa weh, boleh lawan mengusha. Aku selalu buat~
Dont worry k ! Tiap2 malam ada makcik guard akan jaga di setiap block, takkan ada budak lelaki yg akan mengigau masuk blok perempuan. Tak pernah lagi woi !! Semua block ada guard, untuk tujuan keselamatan BERSAMA !


Setakat ni sahaja. Kalau tak faham sila COMMENT !















No comments:

Post a Comment

AWESOME FOLLOWERS